Auto Added by WPeMatico

LUMUT – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati tergantung di sebuah kawasan berbukit di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor di sini hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki berusia 24 tahun tersebut pada pukul 3.37 petang tadi.
“Mangsa disahkan mati di lokasi kejadian. Lokasi penemuan berada di atas bukit pada jarak lebih kurang 200 meter dari kawasan kaki bukit.
“Ketua Operasi melaksanakan size-up dan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan tali dan stretcher bagi menurunkan mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, operasi dilaksanakan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor itu terkawal pada pukul 4.50 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 5.15 petang tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki ditemui tidak bernyawa di Pulau Pangkor appeared first on Kosmo Digital.