Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja berlaku hanya selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat panggilan kepada pemimpin kedua-dua negara tersebut.
Menurut Anwar, beliau ketika membuat panggilan itu hanya memfokuskan kepada penyelesaian berkaitan konflik Thailand dan Kemboja bagi memastikan rantau Asean kekal stabil dan aman.
“Saya buat panggilan (kepada) kedua-duanya (Perdana Menteri Kemboja dan Thailand) pada hari itu (24 Julai 2025) dan berlaku gencatan senjata.
“(Kedua-dua negara) memerlukan waktu untuk tentera (berundur), namun keesokannya berlaku lagi (konflik),” katanya pada pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (Iswami) serta pemimpin redaksi (pemred@ketua-ketua pengarang) Indonesia di sini hari ini.
Beliau mengulas spekulasi kononnya gencatan senjata itu berlaku berikutan tekanan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkaitan isu tarif terhadap Kemboja dan Thailand.
Realitinya, Thailand dan Kemboja hanya bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas pertemuan khas yang dipengerusikan Anwar di Putrajaya semalam.
Ia dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet. – KOSMO! ONLINE
The post Saya buat panggilan dan berlaku gencatan senjata – Anwar appeared first on Kosmo Digital.