Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jumlah penjawat awam di Malaysia menunjukkan rakyat Kelantan antara paling ramai berkhidmat dalam sektor kerajaan, terutama di Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menerusi hantaran pengguna Threads, negeri asal penjawat awam paling tinggi ialah Kelantan, dengan 13 peratus atau 170,383 orang daripada keseluruhan penjawat awam negara berasal dari negeri itu.
“Jumlah keseluruhan penjawat awam di Malaysia tidak termasuk anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia ialah 1,305,976 orang.
“KPM mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 511,345 penjawat awam, dengan hampir 40 peratus daripada keseluruhan angka tersebut manakala KKM dengan 267,149,” ujarnya.
Sementara itu, negeri asal penjawat awam mencatatkan Perak sebanyak 11 peratus atau 140,160, manakala Johor merekodkan 10 peratus atau 132,032 orang di seluruh Malaysia.
Tinjauan Kosmo! mendapati ramai berkongsi pengalam bersetuju sektor penjawat awam didominasikan rakyat daripada negeri Kelantan.
“Mungkin kalau diperiksa, penjawat awam dari Perak dan Johor pun asalnya orang Kelantan,” komen pengguna Threads.
“Ramai kerja kerajaan tak apa, asalkan urusan dipermudah dan proses dapat disiapkan lebih cepat untuk kemudahan rakyat,” komen @Shunaaa1
“Keluarga saya pun termasuk dalam data itu sebab kami asal Kelantan, dan semua ahli keluarga bekerja sebagai guru,” komen @Izzleha –KOSMO! ONLINE
The post Orang Kelantan paling ramai kerja kerajaan appeared first on Kosmo Digital.