Auto Added by WPeMatico

LONDON – Kekalahan pada aksi perebutan Perisai Komuniti menentang Crystal Palace mengecewakan para peminat Liverpool, namun ada satu perkara lagi yang benar-benar mencetuskan kebimbangan mereka.
Pada perlawanan berkenaan, Liverpool gagal memanfaatkan kelebihan dua kali berada di depan apabila diikat Palace 2-2 sebelum perlawanan dilanjutkan ke penentuan penalti sebelum mereka terpaksa akur dengan kekalahan 2-3.
Pada perlawanan tersebut, sebahagian peminat Liverpool mula bercakap mengenai prestasi bintang utama mereka, Mohamed Salah yang dilihat ‘hilang’ pada perlawanan berkenaan dan gagal menyumbang buat pasukan.
“(Jeremie) Frimpong memberikan sesuatu yang berbeza untuk pasukan, namun Salah jelas kehilangan produktiviti selepas Trent (Alexander-Arnold) meninggalkan pasukan ini.
“Saya harapkan pihak pengurusan dapat mencari pemain sayap baharu yang lebih pantas. Salah sudah tidak pantas seperti biasa dan (Cody) Gakpo juga sama,” kata salah seorang peminat dalam laman media sosial.
Seorang lagi peminat mengakui bahawa dia percaya bahawa Liverpool akan mudah mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini, namun Salah sukar untuk mencapai tahap yang dilakukan musim lalu.
Berdasarkan statistik perlawanan, Salah gagal melakukan sebarang percubaan berbahaya dan hantaran tepat, selain tidak berjaya melakukan hantaran lintang sempurna serta tidak berjaya ketika perebutan bola depan pemain lawan.
Lebih malang, sebagai penendang pertama ketika penentuan sepakan penalti, Salah melakukan rembatan yang melambung tinggi melepasi palang, sekali gus ia ia menjadi kali pertama dia gagal menjaringkan gol atau mencipta umpanan jaringan ketika beraksi di Wembley sejak 2017. – AGENSI
The post Prestasi Salah resahkan peminat appeared first on Kosmo Digital.