Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Satu rakaman memaparkan limpahan air seperti air terjun di sebuah pangsapuri dekat Cheras akibat masalah paip pecah di tingkat 19.
Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @mr.j1491 hari ini, limpahan air yang deras itu meyebabkan kawasan laluan koridor pangsapuri berkenaan dinaiki air melebihi paras buku lali.
Difahamkan juga, beberapa aras pangsapuri tersebut turut terkesan selain berlaku kerosakan pada lif bangunan dan ada penghuni memaklumkan mereka terperangkap di dalam rumah untuk tempoh beberapa jam akibat lalua koridor ditenggelami air.
“Bangunan baru pun kena hadap masalah macam ini. Bayar mahal, pengurusan teruk,” kata Syafiq.
“Alamak rumah tinggi pun kena banjir,” komen Nikky.
“Paling makan modal nak ‘repair’ lif bila jadi macam ini. Laju betul macam air terjun. Confirm (sudah tentu) banyak hari kena naik turun guna tangga. Penghuni boleh buat report (laporan) kalau ada kerosakan pada rumah,” kata Fahmi. – KOSMO! ONLINE
@mr.j1491 Boss Tanya kenapa tak sampai lagi .
#netizencheras #cheras #waterfall ♬ original sound – mr.j
The post [VIDEO] Paip pecah, dah macam ‘air terjun’ dalam pangsapuri appeared first on Kosmo Digital.

Boss Tanya kenapa tak sampai lagi . 