Auto Added by WPeMatico

![]()
KULIM – Seorang pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah ketika menjalani sesi latihan di Padang Bola Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Tengku Mohd. Faisal Tengku Yeng berkata, mangsa, Muhammad Adam Putra Syahril, 21, disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan kecemasan.
Beliau berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Arau, Perlis sedang menjalani latihan ragbi bersama pasukannya.
Menurutnya, pegawai perubatan di unit kecemasan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia dan difahamkan sedang menjalani latihan praktikal di daerah itu selain aktif sebagai pemain ragbi Sukma Pulau Pinang.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit,” ujarnya.
Tambahnya, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE
The post Atlet ragbi Sukma Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah di padang appeared first on Kosmo Digital.
