Auto Added by WPeMatico

KLANG – Tindakan sebuah bot membawa lebihan penumpang dipercayai bagi mengejar keuntungan membawa padah apabila ditahan di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika Selatan Tanjung Harapan, di sini semalam.
Penahanan itu dilakukan kira-kira 5.30 petang dengan semasa kejadian bot itu membawa 40 penumpang berbanding had dibenarkan hanya 32 orang.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, siasatan mendapati bot berkenaan dalam perjalanan ke Jeti Pulau Ketam dari jeti Pelabuhan Klang.
Katanya, pemeriksaan mendapati seramai 40 orang penumpang menaiki bot itu.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru warga tempatan itu berusia 23 dan 26 tahun.
“Bot penumpang, nakhoda dan seorang kru dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes disiasat bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.
“Perbuatan mengabaikan syarat-syarat sah lesen seperti
membawa penumpang melebihi kapasiti boleh mengundang risiko bahaya dan kehilangan nyawa pada bila-bila masa,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE
The post Padah tamak bawa penumpang berlebihan appeared first on Kosmo Digital.