Auto Added by WPeMatico

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) kekal optimis penyerang sensasinya, Ousmane Dembele sempat cergas sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu Arsenal di Parc des Princes awal pagi Khamis ini.
Sebagai rekod, Dembele muncul wira gergasi Perancis itu apabila meledak gol kemenangan sewaktu separuh akhir pertama di Stadium Emirates tetapi dilaporkan mengalami kecederaan pada babak kedua.
Pengurusan Les Parisiens dalam satu kenyataan semalam berkata, Dembele mengalami kecederaan hamstring kaki kanan tetapi ia tidaklah begitu serius.
“Dembele sedang dalam fasa pemulihan dan segalanya berjalan lancar. Kelab akan maklumkan perkembangan Dembele dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.
Pengendali PSG, Luis Enrique sudah mempunyai ‘Pelan B’ jika Dembele terpaksa disisihkan dengan barisan pemain lain perlu bersedia untuk mengalas tugas dalam usaha memburu slot ke pentas final UCL buat kali pertama sejak edisi 2020.
“Kami akan kekalkan falsafah yang sudah diterapkan dan semua pemain perlu bersedia untuk diturunkan pada baki saingan musim ini. Selain UCL, kami juga perlu fokus pada aksi final Piala Perancis selepas ini,” katanya.
PSG kini memburu gelaran trebel selepas menjuarai Ligue 1 tetapi gagal mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tewas mengejut kepada Nice bulan lalu. – AGENSI
The post Tuah buat Arsenal bintang PSG cedera appeared first on Kosmo Digital.