Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Seorang wanita berusia 25 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediamannya di sebuah apartmen di Taman Sepakat di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita terbabit pada pukul 12.16 tengah hari, 9 Mac lalu.
Beliau berkata, wanita yang dikenali sebagai Nur Dinie Sani Hasrul Sani itu kali terakhir dilihat di Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat di sini kira-kira pukul 6.30 pagi pada hari sama.
“Wanita tersebut berbangsa Melayu, berketinggian kira-kira 154 hingga 155 sentimeter dan mempunyai berat sekitar 48 hingga 49 kilogram serta berbadan kurus.
“Ketika kali terakhir dilihat, dia memakai tudung hitam, blazer hitam dan seluar panjang berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairul Azwan Yunus di talian 013-4480997,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Di mana Nur Dinie Sani? appeared first on Kosmo Digital.
