Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Nottingham Forest dilaporkan bersedia melakukan pelaburan besar apabila meletakkan pemain tengah Manchester City, Tijjani Reijnders sebagai sasaran utama dengan tawaran bernilai sekitar £55 juta (RM302 juta) menjelang penutupan jendela perpindahan.
Pemain antarabangsa Belanda berusia 28 tahun itu dikatakan terbuka untuk menyertai Forest kerana mahu mendapatkan lebih banyak minit permainan selepas gagal mengukuhkan kedudukannya dalam kesebelasan utama City musim lalu.
Reijnders yang menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu daripada AC Milan pada musim panas tahun lalu membuat 47 penampilan dalam semua kejohanan, namun tidak semua aksi tersebut bermula dalam kesebelasan utama.
Sebelum ini, Atletico Madrid turut menunjukkan minat mendapatkan khidmatnya, namun menarik diri selepas City meletakkan tanda harga sekitar £60 juta (RM330 juta), sekali gus membuka ruang buat Forest meneruskan rundingan.
City yang membeli Reijnders daripada Milan dengan nilai £46.5 juta (RM255.8 juta) dijangka memperoleh keuntungan sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, selain mahu mengumpul dana bagi membawa masuk pemain muda Lille, Ayyoub Bouaddi.
Pada masa sama, skuad kendalian Enzo Maresca itu turut dikatakan bersedia menghadapi kemungkinan menerima tawaran daripada Real Madrid untuk mendapatkan pemain tengah utama mereka, Rodri.
Selain memburu Reijnders, Forest turut meneruskan usaha mendapatkan pertahanan Sporting CP, Ousmane Diomande serta kekal berminat membawa masuk penyerang Chelsea, Liam Delap bagi memperkukuhkan skuad menjelang musim baharu. – AGENSI
The post Reijnders sedia tinggalkan City appeared first on Kosmo Digital.
