Auto Added by WPeMatico

![]()
FOXBOROUGH – Penyerang sensasi Norway, Erling Haaland mencipta momen istimewa pada penampilan sulungnya di Piala Dunia selepas meledak dua gol ketika pasukan itu menewaskan Iraq 4-1 di Stadium Boston, pagi semalam.
Bintang Manchester City itu menjelaskan dua gol yang dihasilkan itu bukan suatu yang mudah apabila mengakui terpaksa berdepan cabaran sukar daripada para pemain pertahanan Iraq yang memberikan saingan sengit.
“Ia bukannya debut yang mudah, saya berasa gugup dan pastinya untuk meraih kemenangan dalam keadaan sukar adalah sesuatu yang hebat. Menang dengan keputusan 4-1 adalah bagus buat kami.
“Kejayaan ini sesuatu yang bagus dan saya juga bangga dengan semua orang. Ini adalah perkara paling sukar, tetapi kami masih mampu lakukan.
“Apa pun, aksi selepas ini pasti akan jadi lebih sukar berbanding perlawanan ini. Saya percaya, kami juga kena tampil lebih baik lagi,” katanya.
Leo Ostigard turut menghasilkan satu gol buat Norway, manakala Aymen Hussein yang menyumbangkan jaringan tunggal Iraq berdepan malang apabila dia turut menjaringkan gol sendiri di penghujung permainan untuk jaringan keempat Norway.
Kejayaan meledak dua gol itu menyaksikan Haaland menepati ramalan bahawa dia mampu untuk menyinar pada kempen Piala Dunia kali ini dan memenuhi impian peminat Norway selepas kali terakhir pasukan itu beraksi pada edisi 1998. – AGENSI
The post Piala Dunia 2026: Haaland penuhi jangkaan ramai appeared first on Kosmo Digital.
