Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Tiada lagi kelulusan diberikan kepada pengeluaran Nombor Pendaftaran Khas (NPK) yang bertujuan memanfaatkan mana-mana syarikat, individu dan badan buka kerajaan (NGO).
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, NPK bagi tujuan perniagaan yang menjana keuntungan bagi pihak berkenaan juga tidak akan diberi kelulusan lagi.
Kata beliau, sebaliknya Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) kini dibuka kepada pembidaan melalui JPJeBid dan hasilnya dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
“Dasar semasa Kementerian Pengangkutan memberhentikan pengeluaran atau kebenaran penjualan NPK kepada NGO atau syarikat korporat dikekalkan seperti mana diputuskan Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2022,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berhubung garis panduan dan kriteria yang digunakan dalam meluluskan siri plat nombor kenderaan khas dan jumlah kutipan hasil penjualan plat khas.
Hasbi berkata, sebahagian hasil NPI digunakan untuk program berpaksikan rakyat dan sejak diperkenalkan pada 2023, sebanyak RM110 juta telah dikutip. – KOSMO! ONLINE
The post Dewan Rakyat: Tiada lagi kelulusan Nombor Pendaftaran Khas kenderaan appeared first on Kosmo Digital.