Auto Added by WPeMatico

SKUAD hoki lelaki negara berikrar untuk menamatkan kempen peringkat kumpulan Piala Negara-Negara 2025 dengan kemenangan apabila menentang Jepun di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Pemain pertahanan, Faiz Helmi Jali menegaskan hanya kemenangan yang mampu mengembalikan keyakinan pasukan selain menjadi penebus maruah negara dan penyokong tempatan yang sentiasa berdiri teguh di belakang skuad Speedy Tigers.
“Apa pun jadi, kami tetap mahu menang. Kita belum menang di tempat sendiri, jadi ini peluang untuk tebus semula,” katanya.
Malaysia kini menghuni tangga ketiga Kumpulan B dengan satu mata selepas seri 3-3 menentang Pakistan dan tewas tipis 3-4 kepada New Zealand, biarpun berjaya mendahului 3-0 dalam perlawanan kedua.
Speedy Tigers wajib menang besar ke atas Jepun, selain mengharapkan New Zealand menewaskan Pakistan bagi melayakkan diri ke separuh akhir.
Setakat ini, New Zealand mendahului kumpulan dengan enam mata diikuti Pakistan (empat), Malaysia (satu), sementara Jepun masih tanpa sebarang mata dan hanya dua pasukan terbaik bakal beraksi di separuh akhir.
Mengulas kekalahan kepada New Zealand, Faiz mengakui skuad negara sukar bertahan apabila kehilangan pemain akibat layangan kad.
“Bila tinggal 10 pemain, ruang di kawasan pertahanan jadi terlalu besar. Itu yang menyebabkan kami dibolosi,” katanya kepada media selepas perlawanan.
The post Speedy Tigers sudah tidak ada pilihan appeared first on Kosmo Digital.