Auto Added by WPeMatico

TEL AVIV – Serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel malam semalam meninggalkan kepulan asap menyerupai naga di langit, lapor agensi berita Tasnim News.
Dalam satu imej yang dirakam, asap daripada pergerakan peluru berpandu itu dilihat menghasilkan jejak panjang berwarna putih dan oren.
Sekali lihat, ia kelihatan sama seperti naga.
Imej itu muncul ketika siren dibunyikan di sebilangan lokasi dalam wilayah yang diduduki sebelum disusuli dengan beberapa letupan kuat yang menggegarkan Tel Aviv, semalam.
Serangan balas Iran terbaharu yang melibatkan peluru berpandu balistik hipersonik Fattah, telah menyebabkan kerosakan besar ke atas tapak tentera, perisikan dan perindustrian Israel. – AGENSI
The post Iran tembak peluru berpandu ‘naga’ ke Israel appeared first on Kosmo Digital.