Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang wanita serba-salah apabila melihat sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang hampir rentung dalam kejadian di Jambatan Pulau Pinang pagi tadi.
Wanita berkenaan yang memuat naik kamera papan pemuka (dashcam) kejadian itu turut memohon maaf kerana tidak berhenti untuk membantu mangsa yang dipercayai juga seorang wanita yang turut berada di tepi jalan berdekatan kenderaan yang marak terbakar itu.
“Maaf tidak dapat bantu kak, saya sudah hubungi Plus. Saya tidak berhenti bantu sebab tidak mahu jalan sesak pula nanti tambahan pula dalam kenderaan saya ada kanak-kanak,” tulis keterangan video berkenaan.
Sementara itu, seorang netizen yang mendakwa adik kepada pemilik kenderaan berkenaan tampil mengesahkan keadaan kakaknya stabil serta mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan yang dizahirkan.
”Itu kereta kakak saya, dia dalam keadaan yg baik-baik sahaja,” ujar @Sz
Pelbagai reaksi dizahirkan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Semoga pemilik kereta dipermudahkan urusan,” kata @Ad
“Kesiannya, akak tu bagus tak panik, terus berhenti tepi,” ujar @Sayang. – KOSMO! ONLINE
@_mr.7070_ 6/8/2025 jambatan pulau pinang Maaf kak nk cuba bantu tp api kuat sgt risau sbb saya bawak anak dlm kreta.kalau berhenti tepi jalan nnti bg jem lg teruk tp saya dh call plus bgtau ada kereta teebakaq #penangbridge ♬ Sholawat Jibril – Novi Ayla
The post [VIDEO] ‘Maaf tak bantu. Tapi saya dah hubungi Plus’ appeared first on Kosmo Digital.