Auto Added by WPeMatico

WASHINGTON – Taikun teknologi, Elon Musk membuat dakwaan di media sosial apabila menyatakan bahawa nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berada dalam fail ‘bapa ayam kelas atasan’ milik mendiang Jeffrey Epstein, lapor portal Fox News semalam.
“@RealDonaldTrump ada dalam fail Epstein,” tulis Musk di platform X.
Ramai orang yang dinamakan dalam fail itu tidak pernah dituduh melakukan salah laku berkaitan Epstein.
Epstein didakwa mendera wanita muda dan gadis bawah umur antara 1996 sehingga 2019, menurut tuntutan mahkamah.
Memetik dokumen polis, Epstein merekrut gadis berumur antara 14 hungga 16 tahun serta sebilangan pelajar di Kolej Komuniti Palm Beach, AS untuk sesi berunsurkan seks.
Epstein mati dengan cara menggangtung diri di Pusat Penulihan Metropolitan, Bandar Raya New York pada 2019 ketika dia sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan seks.
Tidak lama selepas Musk membuat dakwaan itu, Trump menyiarkan responsnya di platform Truth Social.
“Saya tidak kisah Elon menentang saya, tetapi dia sepatutnya berbuat demikian beberapa bulan lalu,” tulisnya.
Trump kemudian melencong kepada topik rang undang-undang yang akan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak AS$1.6 trilion dollar, (RM6.76 trilion).
“Jika Rang Undang-undang ini tidak lulus, akan ada kenaikan cukai sebanyak 68 peratus dan perkara yang jauh lebih teruk daripada itu,” katanya. – AGENSI
The post Musk tuduh nama Trump dalam fail ‘bapa ayam’ appeared first on Kosmo Digital.