Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang yang terkorban dalam nahas kebakaran rumah bersama empat ahli keluarganya pada Februari lalu memperoleh keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan perkara itu berkata, beliau berasa sebak apabila diberitahu tentang keputusan SPM 2025 Allahyarham Ruby Adira Batreisya Mohd. Alawi.
“Sebak sungguh rasa apabila terima laporan Arwah Ruby Adira Batreisya pelajar MRSM Bentong yang meninggal akibat musibah kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub Ramadan lalu mendapat 5A dalam SPM. Kita sedekahkan al-Fatihah buat Almarhumah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Tragedi kebakaran menyayat hati pada 26 Februari lalu tersebut meragut lima nyawa sekeluarga apabila rumah mereka di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong musnah dalam kebakaran.
Mangsa terdiri daripada Ruby Adira Batreisya, 17, bersama ibu bapanya, Mohd Alawi Muhammad, 56, dan Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta dua adiknya, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah,
10.
Kebakaran itu dilaporkan memusnahkan keseluruhan struktur rumah selain turut menghanguskan tiga buah kereta dan tiga motosikal. – KOSMO! ONLINE
The post Allahyarham Ruby Adira Batreisya peroleh 5A SPM 2025 appeared first on Kosmo Digital.
