Auto Added by WPeMatico

LISBON – Selepas dipecat sebagai pengendali Fenerbahce, Jose Mourinho mungkin tidak akan menganggur dalam tempoh yang lama apabila khidmatnya kembali ditagih dan dikait mengemudi kelab dari Portugal.
Benfica membuat keputusan memecat Bruno Lage selepas pasukan itu tewas mengejut 2-3 menentang Qarabag pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam menyebabkan nama Mourinho dikaitkan.
Presiden Benfica, Rui Costa dalam sidang media mengesahkan bahawa perubahan melibatkan jurulatih pasukan itu perlu dilakukan selepas aksi mengecewakan pada awal kempen Eropah biarpun Lage berjaya membantu pasukan itu memenangi trofi Piala Liga Portugal musim lalu.
“Kami mencapai persetujuan dengan Bruno Lage untuk meletakkan jawatan. Saya berterima kasih kepadanya selepas apa yang dilakukan untuk kelab ini, tetapi kami percaya sudah tiba masa untuk berubah.
“Mengenai pengendali baharu, kami berharap akan ada individu baharu yang akan berada di bangku teknikal Vila das Aves pada perlawanan Sabtu ini.
“Bagi menjadi jurulatih Benfica, individu itu mestilah seorang pemenang. Beliau mestilah seorang yang mampu mewakili kelab dengan kemampuan untuk membawa pasukan ini ke tahap yang luar biasa,” katanya.
Mourinho sebelum ini dipecat oleh Fenerbahce selepas pasukan itu tewas kepada Benfica pada saingan playoff UCL dan tidak asing di kelab Portugal itu apabila memulakan karier kejurulatihannya pada tahun 2000. – AGENSI
The post Mourinho bakal kembali ke kelab lama appeared first on Kosmo Digital.