Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah hotel di Sunway Mentari di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 11.23 malam sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, pihak polis menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa dipercayai meninggal dunia.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh badan si mati. Siasatan awal mendapati lelaki itu adalah rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 30-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Shamsudin, beberapa barangan turut dirampas di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
Bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini semalam mengesahkan punca kematian lelaki itu akibat ‘multiple blunt impacts to the body’.
Polis menahan dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an bagi membantu siasatan. Kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau.
Mereka direman selama tujuh hari sehingga 16 Julai ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, setakat ini motif pembunuhan masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek lain sedang dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Fandhi Fatullah Abu Bakar di talian 014-6303090 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki dibunuh di hotel, dua individu ditahan appeared first on Kosmo Digital.
