Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – ‘Satu ekar lebih RM30 juta, mahal betul tanah di kawasan sekitar Mont Kiara’.
Itu antara komen pengguna terhadap satu iklan jualan tanah seluas tiga ekar yang bernilai lebih RM93 juta yang tular di media sosial.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jual Beli Tanah di Selangor harga tanah tersebut adalah RM93,305,502.
“Tanah kediaman ini berkeluasan 3 ekar dengan cerun 5 peratus. Statusnya pegangan bebas (freehold) dan terbuka,”tulis seorang individu.
Difahamkan harga tersebut hanyalah untuk kos tanah sahaja dan belum termasuk kos pembangunan lagi.
Tanah tersebut juga bukan merupakan lot kosong, tetapi terdapat beberapa bangunan dan perumahan di atas tanah tersebut.
Malah tanah tersebut kini diduduki secara ‘haram’ dan ada segelintir individu telah membina rumah setinggan di kawasan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen termasuk yang bersetuju dengan pembangunan di kawasan itu.
“Ok la harga tu, semua orang tahu Mont Kiara tu kawasan elit, elok la dibangun dari jadi setinggan warga asing,”tulis Riba Hayyamus.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Awalluddin Shariff.
“Saya cadangkan penduduk setinggan kumpul duit sesama mereka untuk beli tanah itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Tanah seluas tiga ekar di Mont Kiara berharga lebih RM93 juta appeared first on Kosmo Digital.