Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan
MMC, telah melancarkan kemudahan jeti cecairnya yang baharu dalam usaha syarikat menjadikan syarikat sebagai hab utama bagi kargo pukal cecair di Asia Tenggara.
Peluasan strategik jeti bernilai RM140 juta yang telah bermula pada 2 Oktober 2023 itumelibatkan pembinaan dua jeti cecair tambahan yang direka khusus untuk
menampung kapal sehingga 120,000 DWT.
Pengerusi Johor Port, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, jeti tersebut dibina khas untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kapal pengangkut pukal cecair boleh dimakan yang lebih besar.
Menurutnya, kemudahan itu akan dapat meningkatkan kapasiti pengendalian dan kecekapan Johor Port sekali gus mengukuhkan peranannya dalam memacu perdagangan serantau dan pembangunan ekonomi sebagai Pelabuhan Pelbagai Guna Gerbang Selatan.
Kemudahan ini juga dibangunkan untuk menyokong operasi pelanggan Johor Port yang memainkan peranan penting dalam sektor minyak boleh dimakan dan pukal cecair.
Ia dijangka meningkatkan lagi jumlah keseluruhan kargo cecair Johor Port,
meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan mengukuhkan perkongsian
pelanggan jangka panjang.
“Pentauliahan jeti cecair yang diperluaskan ini menandakan babak transformasi dalam perjalanan inovasi Johor Port dan juga komitmen kami terhadap pembangunan infrastruktur strategik dan pertumbuhan mampan.
“Pembangunan ini bukan sahaja memperluaskan keupayaan operasi kami tetapi juga mengukuhkan keupayaan untuk menyokong rakan kongsi utama kami.
“Ia juga meletakkan Johor Port sebagai gerbang maritim yang cukup bersedia, sejajar dengan aspirasi yang lebih luas iaitu untuk meningkatkan infrastruktur pelabuhan ke piawaian global,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Johor Port telah mencatatkan jumlah kargo cecair yang kukuh sejak lima tahun lalu,
memuncak pada 14.5 juta tan pada tahun 2022 dan telah hampir mencapai kapasiti
pengendalian maksimum tahunannya sebanyak 15.0 juta tan.
Pembinaan dua jeti cecair tambahan ini dijangka meningkatkan kapasiti pengendalian pelabuhan sebanyak lima juta tan setahun lagi, mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pukal cecair utama di rantau ini.
Terletak secara strategik di hujung timur jeti BT6 dan BT8 sedia ada, kemudahan baharu itu dibangunkan dengan penekanan teguh pada keselamatan, tanggungjawab alam sekitar dan kecemerlangan kejuruteraan. -KOSMO! ONLINE
The post Johor Port labur RM140 juta perluas jeti cecair baharu appeared first on Kosmo Digital.