Auto Added by WPeMatico

KLUANG – Perbuatan terkutuk seorang pekerja syarikat telekomunikasi merogol anak saudara perempuannya di Taman Matahari di sini terbongkar selepas mangsa membuat pengakuan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa berusia 15 tahun di rumah suspek pukul 3 petang pada tahun 2023.
Katanya, hasil siasatan mendapati suspek merupkan bapa saudara mangsa yang kini berusia 17 tahun dan semasa kejadian dia berumur 15 tahun.
“Hasil rakaman percakapan mangsa menyatakan telah dirogol suspek dua tahun lepas semasa bermalam di rumah suspek.
“Suspek ada merogol mangsa semasa tidur dalam bilik di rumah suspek. Mangsa tidak pernah ceritakan kepada keluarga kerana takut,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Bahrin lagi, suspek kemudian menghubungi mangsa pukul 7 pagi, pada 24 Jun lalu menerusi aplikasi WhatsApp semasa remaja berkenaan berada di sekolah.
Menurutnya, suspek yang sudah berkahwin tetapi masih tidak mempunyai anak meminta mangsa memberikan hadiah sempena hari lahirnya tetapi remaja itu memaklumkan tidak mempunyai wang.
“Suspek kemudian cakap ada hadiah yang tak perlu keluarkan wang. Mangsa faham yang suspek mahu mengajak mangsa tidur bersama-sama,” katanya.
Menurut Bahrin , mangsa kemudian membuat laporan polis pada Sabtu lalu sebelum suspek yang berusia 37 tahun diberkas di taman itu kelmarin.
Ujarnya, siasatan mendapatinya tiada rekod lampau dan ujian air kencing negatif.
Selain itu katanya, pemeriksaan terhadap mangsa di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada hymen mangsa.
Bahrin berkata, suspek disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini direman selama lima hari bermula semalam selepas mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Kluang.- KOSMO! ONLINE
The post Bapa saudara minta ‘hadiah’ hari jadi appeared first on Kosmo Digital.