Auto Added by WPeMatico

![]()
BEIJING – Kakitangan sebuah hotel di China terkejut apabila menemui timbunan sampah setinggi hampir 1 meter di dalam bilik yang ditinggalkan oleh seorang penggemar permainan video dalam talian, lapor akhbar The Sun UK.
Penemuan mengejutkan itu dibuat apabila pelanggan terbabit mendaftar keluar selepas menginap di hotel tersebut selama dua tahun.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan setiap sudut bilik itu dibanjiri sampah termasuk beribu-ribu botol minuman, pembungkus serta bungkusan makanan.
Mereka terkejut apabila melihat timbunan tisu melebihi ketinggian tandas dengan lantai dipenuhi kotoran.
Kakitangan hotel itu berkata, mereka tidak pernah melihat lelaki itu keluar dari bilik sepanjang penginapannya.
“Pasukan pembersihan mengambil masa selama tiga hari untuk membersihkan segala sampah dan memastikan bilik tersebut bebas daripada kuman.
“Meskipun telah dibersihkan, terdapat beberapa kerosakan dan pengubahsuaian perlu dibuat sebelum bilik itu dibuka kepada tetamu.
“Lelaki itu masih belum menjelaskan bayaran hampir £300 (RM1,639),” kata seorang pekerja hotel. – AGENSI
The post Tetamu dari ‘neraka’, tinggalkan sampah tinggi 1 meter appeared first on Kosmo Digital.