Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Seorang pelancong Mesir, Ahmed Samy Niazy El Gharably menuntut ganti rugi 28 bilion rupiah (RM7.3 juta) dari sebuah hotel di Lombok Tengah, lapor portal berita Lombok Post semalam.
Tuntutan itu disebabkan kerugian dan kemudaratan yang dialami selepas dia digigit ular ketika menginap di hotel tersebut.
Ahmed digigit ular di pekarangan hotel semasa bercuti dan menginap pada 22 Julai 2024.
Peguamnya, Atmaja Wijaya berkata, Ahmed tidak dapat bekerja semula selepas insiden itu, menyebabkan dia mengalami tekanan mental dan kerugian material bernilai puluhan billion rupiah.
“Kerugian itu disebabkan kos rawatan berulang sehingga gajinya dipotong.
“Memang, sekarang dia sudah mula bekerja semula di Dubai, (Emiriyah Arab Bersatu) tetapi pekerjaannya kurang optimum kerana klien kami masih sakit,” ujarnya.
Pihak pengurusan hotel itu belum membuat sebarang komen berhubung saman tersebut. – AGENSI
The post Pelancong saman hotel lebih RM7 juta selepas digigit ular appeared first on Kosmo Digital.