Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang petani di Tuban, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai apabila menghubungi bomba untuk menyiram tanaman jagung miliknya yang layu, lapor portal berita Lambe Rumah.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @damkartuban menunjukkan perbualan antara petani tersebut dengan seorang anggota bomba Tuban.
“Minta tolong siramkan jagung saya boleh? Sudah lama hujan tidak turun, jagungnya semakin layu,” tanya petani itu menerusi aplikasi WhatsApp.
Namun, permintaannya ditolak.
Anggota bomba tersebut menjelaskan bahawa permintaannya berada di luar skop pekerjaan mereka.
“Kami anggota bomba. Saya doakan hujan turun tidak lama lagi,” jawabnya dalam bahasa Jawa.
Hantaran itu mencatatkan lebih 3.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna laman sosial. – AGENSI
The post Jagung layu, petani minta bomba siram tanaman appeared first on Kosmo Digital.
