Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Beberapa lagi individu ditahan polis bagi membantu siasatan skim penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group (MBI) dalam serbuan Op Northern Star, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, penahanan itu turut membabitkan individu bergelar Datuk Seri.
Bagaimanapun, katanya, hasil operasi terbabit akan dikongsikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dalam masa terdekat.
Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 17 individu telah ditahan dengan jumlah keseluruhan aset dibekukan serta disita RM3.81 bilion berkaitan kes penipuan pelaburan MBI.
Tangkapan melibatkan usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri dipercayai menjadi proksi serta rakan perniagaan dalam skim penipuan pelaburan itu yang ditahan di sekitar Lembah Klang dan utara. – KOSMO! ONLINE
The post Datuk Seri antara ditahan bantu siasatan penipuan pelaburan MBI appeared first on Kosmo Digital.