Auto Added by WPeMatico

LIPIS – Golongan bapa di negeri ini dicadang untuk disatukan di bawah satu platform khusus seperti persatuan bapa bagi mengiktiraf peranan mereka dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan itu dikemukakan beliau dalam memastikan golongan bapa diberi ruang menyuarakan pandangan serta keperluan mereka dalam pelbagai isu kekeluargaan.
“Sudah tiba masanya peranan bapa diketengahkan secara lebih sistematik, bukan sekadar sekilas dalam acara tahunan, sebaliknya melalui pendekatan berstruktur seperti pertubuhan rasmi.
“Kita sudah ada pelbagai persatuan untuk wanita, ibu tunggal, belia dan sebagainya. Jadi kenapa tidak ada satu persatuan khusus untuk bapa? Ini penting supaya suara mereka juga didengar dan peranan mereka dihargai,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sambutan Hari Bapa Tahun 2025 Peringkat Negeri Pahang di Arena Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis di sini hari ini.
Menurut Wan Rosdy, melalui persatuan itu pelbagai program sokongan boleh disusun termasuk bantuan kewangan, ceramah keibubapaan dan pembangunan sahsiah keluarga. – KOSMO! ONLINE
The post Pahang cadang tubuh persatuan bapa – MB Pahang appeared first on Kosmo Digital.