Auto Added by WPeMatico

![]()
IPOH – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah yang berkunci di Hala Pulai Timur 1, Taman Chandan Desa di sini hari ini.
Lelaki berusia 34 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang dapur oleh anggota bomba yang membantu membuka pintu rumah berkenaan
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada pukul 3.38 petang untuk bantuan membuka pintu rumah yang berkunci.
Katanya, setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai di lokasi, mereka dimaklumkan terdapat seorang mangsa berada di dalam rumah.
“Ketua operasi kemudian mengarahkan anggota memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap sebelum memotong mangga pintu pagar menggunakan peralatan khas.
“Selepas pintu berjaya dibuka, pasukan bomba menemui seorang lelaki di bahagian dapur rumah. Pemeriksaan oleh petugas kesihatan mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE
The post Mayat lelaki ditemui dalam rumah berkunci appeared first on Kosmo Digital.