Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Penyanyi Yonnyboii mengesahkan bahawa Malique turut muncul dalam video muzik Tanya Tuhan yang dikeluarkan pada 18 Julai lalu.
Menerusi satu hantaran oleh pada TikTok sebuah program radio, Yonnyboii memberi gambaran bahawa Malique sebenarnya turut serta dalam video muzik tersebut.
“Kalau awak semua tengok betul-betul video tu sebenarnya dia ada,” ujarnya.
Dia turut mengatakan yang kelibat Malique boleh dilihat dalam beberapa saat sahaja dan orang awam perlu memerhatikan video muzik tersebut dengan teliti.
Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen berkenaan hantaran tersebut.
“Serius la? Ta perasan pun Malique ada,” kata @emasye.
“Makin naik lah jumlah tontonan lepas ini,” ujar seorang netizen.
“Misi memburu general,” komen @FeerdausScott. – KOSMO! ONLINE
The post Yonnyboi sahkan ada kelibat Malique di MV ‘Tanya Tuhan’ appeared first on Kosmo Digital.