Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – ‘Seperti aksi pemain remaja menentang pasukan wanita senior.’ Itulah gambaran yang dijelaskan oleh ketua jurulatih skuad wanita bawah 20 (B-20) negara, Cameron Ng selepas menyaksikan pasukannya tewas 0-16 kepada Jepun dalam aksi Kumpulan F, kelayakan Piala Asia B-20 2026 semalam.
Menurut Cameron, barisan pemain tidak berjaya memberikan tentangan yang diharapkan dan membuka setiap ruang untuk memastikan skuad remaja Matahari Terbit itu menjaringkan gol setiap kali melakukan serangan.
“Ini adalah perlawanan perempuan lawan wanita. Kami tidak berada di tahap yang betul walaupun ada perancangan perlawanan, kami tidak dapat melaksanakannya.
“Jepun ternyata jauh lebih baik daripada kami dan mungkin pada permulaan kami terlalu hormat kepada mereka.
“Apa yang pasti, ini adalah ini adalah pengajaran yang sangat sukar untuk diterima oleh barisan pemain. Kita sedar dimana kita berada kerana jika kita benar-benar mahu mencabar, kita perlu lebih bersedia,” katanya selepas tamat perlawanan.
Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, empat pemain Jepun berjaya meledak jaringan hatrik dengan Anon Tsuda dianggap sebagai wira pasukan apabila meledak empat gol pada minit ke-4, m-23, m-30 dan m-60.
Tiga lagi pemain yang menjaringkan gol hatrik adalah Mao Itamura (m-14, m-16, m-34), Asako Furuta (m-45, m-46, m-90) dan So Kijoma.
Kekalahan tersebut menutup peluang untuk skuad negara kendalian Cameron Ng layak ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-20 2026 dan bakal bertemu Guam pada aksi terakhir Kumpulan F malam esok. – KOSMO! ONLINE
The post Pengajaran memedihkan dibelasah 0-16 appeared first on Kosmo Digital.