Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Dua mahasiswi di Yogyakarta, Pulau Jawa mengundang perhatian orang ramai apabila sanggup datang ke balai bomba dan meminta anggota-anggota bomba memasang kipas angin yang baru dibeli, lapor portal berita Tribunnews.
Kedua pelajar terbabit datang ke Balai Bomba Kota Yogyakarta sekitar pukul 7.32 malam (waktu tempatan) kelmarin.
Sebelum datang ke balai, mereka sempat menghantar mesej kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Yogyakarta melalui platform Instagram.
“Saya tidak tahu nak minta tolong siapa. Rakan-rakan saya semua perempuan dan saya mahu memasang kipas tetapi bimbang. Boleh saya minta pertolongan anda?” kata seorang mahasiswi itu.
Jurucakap bomba, Danu Atmadja berkata, mahasiswi tersebut menghubungi mereka kerana bimbang pemasangan kipas angin mampu mencetuskan kebakaran. – AGENSI
The post Takut terbakar, mahasiswi minta abang bomba pasang kipas angin appeared first on Kosmo Digital.