Auto Added by WPeMatico

![]()
KLUANG – Seorang pemandu ambulans maut apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam nahas di Kilometer 60.8 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Selatan Machap ke Simpang Renggam, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, selain pemandu maut, seorang pesakit dan dua jururawat yang mengiringinya turut mengalami kecederaan.
Difahamkan, ambulans terbabit dari Segamat membawa pesakit menuju ke Johor Bahru.
Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut berhubung kejadian. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu maut, jururawat serta pesakit cedera ambulans terbalik appeared first on Kosmo Digital.