Auto Added by WPeMatico

PASIR PUTEH – Sebanyak 25 buah motosikal yang dipercayai terlibat kegiatan lumba haram disita selain 165 saman dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh menerusi Op Samseng Jalanan di Kampung Merkang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kesemua motosikal itu disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, sebanyak 165 saman yang dikeluarkan itu melibatkan kesalahan tiada lesen memandu dan pengubahsuaian struktur kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
“Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik turut melakukan saringan rekod jenayah dan ujian air kencing terhadap semua individu yang ditahan dalam operasi berkenaan.
“Operasi seperti itu dijalankan secara berterusan di lokasidi daerah ini bagi membanteras kegiatan samseng jalanan dan perlumbaan haram yang mengancam keselamatan awam,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Zaizul Rizal memberitahu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti menunggang motosikal secara berbahaya dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE
The post 25 motosikal terlibat lumba haram di Pasir Puteh kena sita appeared first on Kosmo Digital.