Auto Added by WPeMatico

PARIS – Sekeping lukisan sutera memaparkan lima wanita termasuk tiga orang bermain alat muzik dijual pada harga €1.81 juta (RM8.9 juta) dalam satu acara lelongan di Paris, lapor portal berita VNExpress.
Dnamakan Le Concert, karya itu dilukis oleh artis seni kelahiran Vietnam, Mai Trung Thu.
Le Concert menggambarkan tiga wanita memakai pakaian tradisional Vietnam bermain alat muzik, manakala dua gadis lain menyanyi sambil menggerakkan tangan mereka.
Lukisan dihasilkan daripada kain sutera pada tahun 1978 itu dijual dalam acara lelongan Hommage à l’Art Moderne Vietnamien di Paris, Selasa lalu.
Acara tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-100 Universiti Seni Halus Vietnam.
Mendiang Thu dikenali sebagai salah seorang daripada empat pakar lukisan Vietnam Eropah.
Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Perancis selain menghasilkan lukisan sutera menampilkan wanita, kanak-kanak dan adegan kehidupan seharian dengan perspektif Asia Timur. – AGENSI
The post Lukisan papar 5 gadis dijual hampir RM9 juta appeared first on Kosmo Digital.