Auto Added by WPeMatico

![]()
GEORGE TOWN – Seorang tahanan reman polis yang dikenali sebagai, S.Clemont, 47, dilaporkan telah meloloskan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap, di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.45 petang dan laporan berhubung insiden itu diterima daripada anggota polis yang ditugaskan mengawal suspek.
Menurut beliau, ketika melarikan diri, suspek dipercayai memakai pakaian hospital berwarna biru dan putih.
“Suspek dikenali sebagai S.Clemont, berusia 47 tahun yang ketika itu masih dalam tahanan reman bagi kes di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pecah rumah dan mencuri motosikal di kawasan Sungai Bakap,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, suspek telah dibawa ke Hospital Sungai Bakap pada 22 Januari lalu untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami sawan.
Katanya, susulan kejadian tersebut, pihak polis telah melancarkan Op Tutup bagi mengesan dan menahan semula suspek terbabit. – KOSMO! ONLINE
The post Clemont, tahanan reman lolos dari hospital dicari appeared first on Kosmo Digital.