Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur mengalami kesesakan pagi ini ekoran orang ramai mengambil kesempatan cuti selama tiga hari untuk pulang ke kampung serta bercuti.
Tinjauan Kosmo! melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada pukul 9.30
mendapati aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) itu sedikit perlahan ekoran pertambahan kenderaan terutamanya di kawasan sekitar Genting Sempah.
Bagaimanapun, aliran trafik masih lagi terkawal ketika ini.
Sementara itu, bagi Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2, trafik dilaporkan lancar setakat pagi ini.
Begitu juga aliran trafik ke arah selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke Seremban juga dilihat mengalami pertambahan kenderaan namun trafik masih lancar.
Trafik ke utara juga dilihat masih lagi terkawal, namun terdapat beberapa kawasan dilihat sedikit perlahan. -KOSMO! ONLINE
The post Tol Gombak mulai sesak, ramai menuju ke Pantai Timur appeared first on Kosmo Digital.