Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Seorang pemuda warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan termasuk meliwat remaja lelaki.
Tertuduh, Muhammad Hassan, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Urdu di hadapan Hakim Norazlin Othman.
Berdasarkan dua pertuduhan, Muhammad Hassan didakwa meliwat dua remaja lelaki masing-masing berusia 15 dan 19 tahun seterusnya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Tertuduh juga didakwa mencabul masing-masing seorang kanak-kanak dan remaja lelaki berusia 8 dan 13 tahun dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Muhammad juga didakwa merompak wang tunai milik seorang remaja yang diliwatnya sebanyak RM230.
Kesemua perbuatan tertuduh itu dilakukan sebuah dewan dan dalam hutan serta kawasan semak berhampiran sebuah sekolah rendah di sekitar Seksyen 27 selain taman permainan sebuah pangsapuri di Seksyen 28 antara 18 April hingga 26 Jun lalu.
Sebutan semula kes pada 23 September depan. – KOSMO! ONLINE
The post Pemuda Pakistan mengaku tak bersalah liwat, cabul, rompak appeared first on Kosmo Digital.