Auto Added by WPeMatico

![]()
IPOH – Kerajaan menyasarkan 70 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan pertama untuk menyambung pengajian mereka menjelang 2030.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, itu selaras dengan agenda transformasi ekonomi negara.
“Antara tumpuan utama negara ialah keperluan melahirkan tenaga mahir dalam skala yang jauh lebih besar.
“Sehubungan itu, exco-exco luar bandar (negeri-negeri) diseru untuk menyokong sasaran nasional agar 70 peratus lepasan SPM memilih laluan TVET sebagai pilihan pertama menjelang tahun 2030,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Hotel Casuarina Meru, di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco Luar Bandar (MEXCLUB).
Katanya, sasaran itu selaras dengan agenda transformasi ekonomi negara yang menuntut tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompetitif dan bersedia menghadapi keperluan industri masa depan.
Berhubung Bajet 2026, beliau berkata, daripada jumlah peruntukan RM12.4 bilion yang diluluskan kepada KKDW, sebanyak RM7.788 bilion akan disalurkan bagi tujuan pembangunan desa. – KOSMO! ONLINE
The post 70 peratus lepasan SPM pilih TVET menjelang 2030 appeared first on Kosmo Digital.