Auto Added by WPeMatico

GARA-GARA tidak mendengar nasihat ibu, pempengaruh Kasih Iris Leona terlepas penerbangan ke Singapura berikutan penutupan jalan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Katanya, dia terperangkap selama lima jam di dalam kesesakan trafik berikutan jalan ditutup bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, sekali gus tiba di lapangan terbang pukul 12 tengah hari iaitu sejam selepas pesawat berlepas.
Saya keluar rumah pukul 7 pagi untuk penerbangan pukul 11 pagi, tapi saya sampai ke lapangan terbang pukul 12 tengah hari disebabkan semua jalan ditutup.
“Ibu saya suruh naik tren dari KL Sentral pagi tadi, tapi saya tetap berdegil. Jadi ini pengajaran untuk saya, dengarlah cakap ibu,” katanya menerusi hantaran di InstaStory.
Bahkan, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu mengakui sempat tertidur selama 45 minit dalam kereta, namun apabila terjaga kenderaan dinaiki tidak bergerak.
Saya tertidur 45 minit dan apabila buka mata, masih berada di tempat yang sama,” ujarnya.
Begitupun, gadis berusia 23 tahun itu tetap bersyukur apabila sempat menukar penerbangan ke pukul 2 petang.
Tapi semuanya baik-baik sahaja. Saya dapat berehat di lounge sementara menunggu penerbangan berikutnya,” katanya.
Difahamkan, Leona ke Singapura bagi menghadiri majlis pelancaran produk membabitkan sebuah jenama antarabangsa.
Terdahulu, sejak minggu lalu notis penutupan beberapa jalan secara berperingkat bersempena Sidang Kemuncak ASEAN SUMMIT ke-47 sudah dihebahkan.
Selain laluan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur ditutup secara berperingkat mulai 23 hingga 28 Oktober 2025, jalan ke KLIA juga terbabit dalam fasa tersebut bagi tujuan persiapan serta pelaksanaan acara itu. – HIBGLAM
The post ‘Degil… dengarlah cakap ibu’ – Leona terlepas penerbangan appeared first on HibGlam.