Auto Added by WPeMatico

PASIR PUTEH – Seorang lelaki parah selepas ditetak sekumpulan individu yang memakai pelitup muka dengan bersenjatakan parang dalam kejadian di Kampung Baru Nelayan, Tok Bali di sini pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun parah pada bahagian lutut kiri dan buku lali kaki kanannya.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berada di depan rumah rakan kepada salah seorang suspek.
Menurutnya, lelaki itu kemudian didatangi beberapa individu yang memakai pelitup muka sebelum tiba-tiba menyerangnya.
“Lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian ekoran kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Zaizul Rizal memberitahu, lima lelaki sudah ditahan dan polis sedang giat mengesan suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki parah ditetak sekumpulan lelaki berpelitup muka appeared first on Kosmo Digital.