Auto Added by WPeMatico

KLANG – Seorang lelaki dipercayai maut selepas ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Jalan Mahang di sini, petang ini.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai warga tempatan berada dalam sebuah pacuan empat roda yang diparkir di hadapan premis itu.
Mangsa kemudian ditembak suspek dan maut di tempat kejadian dengan difahamkan terdapat enam kesan tembakan pada cermin pacuan empat roda itu.
Tinjauan Kosmo! mendapati kawasan itu dikawal anggota polis dan ditutup dengan pita pelekat kuning, manakala sehingga kini siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa di sekitar lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan kes tembakan berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan akhbar dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki maut ditembak depan kedai motosikal appeared first on Kosmo Digital.