Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri dalam kemalangan di Kilometer 11.2 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) menghala ke Seremban awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 2.45 pagi.
“Siasatan awal mendapati mangsa lelaki tempatan berusia 28 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha RX-Z dalam perjalanan dari arah Kajang sebelum hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang di sebelah kanan jalan.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah putus kedua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379 bagi membantu siasatan.
Tambahnya, polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan serta tidak menjadikan jalan raya sebagai lokasi menduga kelajuan atau melakukan aksi berbahaya.
“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap mereka yang memandu secara melulu dan berbahaya. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Mekanik maut motosikal terbabas di Lekas appeared first on Kosmo Digital.
