Auto Added by WPeMatico

DUNGUN – Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha RXZ yang dalam perjalanan ke Himpunan RXZ 7.0 maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 370, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Hentian Bukit Besi di sini, hari ini.
Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Hariz Fahmi Shaizuren Amin, 29, berasal dari Seri Kembangan, Selangor, meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Sewaktu kejadian, mangsa bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal jenis sama dikatakan sedang berkonvoi ke Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus untuk menghadiri Himpunan RXZ Members 7.0.
Motosikal yang ditunggang Hariz Fahmi Shaizuren dikatakan bergesel dengan salah sebuah motosikal rakannya menyebabkan motosikal ditunggangnya terbalik sekaligus membuatlan mangsa tercampak ke atas jalan raya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, seorang peserta program sama cedera ringan selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggangnya hilang kawalan lalu terjatuh sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Bezza di Kilometer 293.5, LPT2 berhampiran Kijal, Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kemalangan pada pukul 5 pagi itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terlibat terbakar.
“Lelaki berusia 19 tahun yang menunggang motosikal Yamaha RXZ cuma cedera ringan manakala pemandu kereta Perodua Bezza terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post RXZ Members: Seorang lagi peserta maut di LPT 2 appeared first on Kosmo Digital.