Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Penyanyi dan pengarah kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, menegaskan dia tidak melarikan diri, bahkan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan di ibu negara bulan lalu.
Menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi, Namewee, 42, memaklumkan bahawa dia baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru dan segera bertemu pihak polis bagi membuat laporan serta melapor diri.
“Sekarang (malam tadi) saya sudah sampai di ibu pejabat polis, seterusnya saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan supaya masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan yang sewajarnya.
Menurutnya lagi, dakwaan kononnya dia melarikan diri daripada pihak berkuasa adalah tidak benar.
“Saya tidak akan lari. Sebelum ini tujuh kali menerima notis panggilan pun saya sendiri yang hadir untuk melapor diri. Saya tidak pernah melarikan diri,” jelasnya.
Hantaran itu dipercayai dibuat susulan spekulasi di media sosial yang mendakwa Namewee mengelak untuk tampil ke balai polis selepas dipanggil bagi membantu siasatan.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut berkaitan kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun yang ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.
Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi ketika kejadian berlaku dan pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menahan Namawee untuk membantu siasatan.
Beliau menambah, sebelum ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Saya takkan lari, sudah sampai balai polis – Namewee appeared first on Kosmo Digital.