Auto Added by WPeMatico

![]()
AMPANG JAYA – Dua lelaki diberkas polis selepas disyaki memiliki bahan terlarang dalam serbuan di sebuah restoran di Medan Selera AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, sepasukan polis dari Balai Polis Hulu Kelang telah menahan kedua-dua suspek di premis berkenaan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemukan dan merampas bahan disyaki cecair Mitragynine sebanyak kira-kira 6,900 mililiter serta bahan disyaki jenis mitragynine seberat 400 gram.
“Kedua-dua suspek warga Thailand berusia 33 dan 36 tahun itu bekerja di sebuah restoran makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit telah dituduh di Mahkamah Ampang, Selangor di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE
The post 2 lelaki dicekup, simpan cecair mitragynine 7 liter appeared first on Kosmo Digital.
