Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mengumpul maklumat terperinci berhubung dakwaan tindakan seorang pemimpin sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengasari seorang wartawan secara terbuka, kelmarin.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau telah mengarahkan MCMC mendapatkan laporan penuh mengenai insiden berkenaan dan sedang menunggu perkembangan lanjut.
“Saya juga akan menghubungi pegawai-pegawai kanan syarikat itu bagi mendapatkan penjelasan tepat tentang apa yang sebenarnya berlaku.
“Selepas itu, saya mungkin akan memberikan sedikit pandangan kepada individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional di sini, hari ini.
Semalam, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJM) mengecam insiden yang berlaku ketika wartawan itu bertanya soalan berhubung satu kejadian di sebuah negeri. – KOSMO! ONLINE
The post Wartawan dikasari: Fahmi tunggu laporan penuh MCMC appeared first on Kosmo Digital.