Auto Added by WPeMatico

HUNGARORING, Hungary – Lando Norris percaya perebutan gelaran dunia Formula Satu (F1) musim ini bakal ditentukan oleh pelumba yang paling kurang melakukan kesilapan, bukannya disebabkan kelajuan semata-mata.
Pelumba McLaren itu hanya ketinggalan 16 mata di belakang rakan sepasukannya, Oscar Piastri yang menjuarai Grand Prix (GP) keenamnya musim ini pada GP Belgium baru-baru ini menjelang perlumbaan seterusnya di Hungary minggu ini.
“Tiada banyak perlumbaan yang menyaksikan pertukaran posisi utama berlaku. Jadi, paling penting ialah siapa yang layak di depan dan kemudian tidak buat kesilapan besar,” kata Norris.
Norris yang sudah mencipta kemenangan di Australia, Monaco, Austria dan Silverstone, bermula dari petak utama di Belgium minggu lalu, namun gagal mempertahankan kedudukan tersebut selepas dipintas Piastri .
Menurutnya, beberapa faktor teknikal memberi kelebihan kepada Piastri, termasuk ketetapan bateri yang kurang optimum pada jentera miliknya.
“Saya tak rasa lakukan kerja teruk. Tapi ada beberapa pelarasan yang tidak tepat, terutamanya pada sistem bateri dan itu beri sedikit kelebihan tenaga kepadanya (Piastri).
“Saya tahu bukan setiap hujung minggu akan sempurna, tapi saya yakin boleh teruskan prestasi ini dan terus bekerja keras untuk kekal berada di pentas podium,” katanya.
Sementara itu, Norris tidak menolak kemungkinan Max Verstappen masih boleh mencabar kejuaraan disebabkan pemandu Red Bull tersebut kini 81 mata di belakang Piastri.
“Max (Verstappen) salah seorang pemandu terbaik dalam sejarah F1, namun sekarang kami ada kereta dan pasukan yang lebih baik,” kata Norris. – AGENSI
The post Kelajuan bukan penentu gelaran dunia appeared first on Kosmo Digital.