Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Perodua memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang dikenali sebagai QV-E pada harga RM80,000, sekali gus menandakan langkah besar jenama itu dalam menyokong agenda nasional membangunkan ekosistem EV.
Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di sini hari ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pembangunan model QV-E melibatkan pelaburan sebanyak RM800 juta dan dihasilkan di kemudahan pengilangan terbaharu Perodua, Smart Mobility Plant.
“Pada masa ini, kami boleh mengeluarkan 500 unit kenderaan sebulan, tetapi kami akan menawarkan 3,000 unit kenderaan sebulan menjelang suku ketiga tahun 2026,” katanya berucap pada pelancan berkenaan.
Beliau berkata, QV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate berkapasiti 52.5kW yang mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 445 kilometer (NEDC), bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.
“Model ini juga hadir dengan ciri keselamatan terbaharu termasuk sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak (Child Presence Detection),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
The post EV pertama Perodua berharga RM80,000 dilancarkan appeared first on Kosmo Digital.
