Auto Added by WPeMatico

![]()
ELCHE – Lamine Yamal meledak satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan membantu Barcelona mengekalkan cengkaman di puncak La Liga selepas menang 3-1 ke atas Elche di Estadio Manuel Martinez Valero awal pagi semalam.
Barcelona kini mengumpul 55 mata daripada 22 perlawanan, empat mata di hadapan musuh tradisi, Real Madrid yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Dalam aksi itu, Yamal membuka jaringan seawal minit keenam sebelum Alvaro Rodriguez meledak gol penyamaan pada minit ke-29.
Skuad bimbingan Hansi Flick itu ternyata dalam kelas tersendiri apabila bangkit memenangi perlawanan dengan dua jaringan menerusi Ferran Torres dan Marcus Rashford masing-masing pada minit ke-40 serta 72.
Bagaimanapun, Barcelona tidak boleh berpuas hati kerana hanya menjaringkan tiga gol daripada hampir 30 percubaan dilakukan sepanjang 90 minit perlawanan tersebut.
“Kami meraih tiga mata lagi dan terus berkembang sebagai satu pasukan. Kami masih belum berada di tahap kemuncak.
“Kebiasaannya kami mempunyai pemain yang mampu menyudahkan peluang dengan baik. Ada kalanya mereka gagal, tetapi yang penting kami terus mencipta peluang,” kata Frenkie De Jong yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.
Gol daripada Rashford juga menjadi antara topik menarik kerana ia adalah jaringannya yang ke-10 buat Barcelona dalam semua kejohanan musim ini. – AGENSI
The post Yamal terus bersinar buat Barcelona appeared first on Kosmo Digital.