Auto Added by WPeMatico

WASHINGTON – Sebuah kapal layer mewah jenis Lamborghini Tecnomar membawa kira-kira 30 pesohor wanita berpakaian bikini dan dua kru karam di luar pantai Miami, negeri Florida, lapor akhbar New York Post semalam.
Kapal Pengawal Pantai dan bot milik orang awam datang untuk menyelamatkan mangsa yang turut membawa harta benda berharga termasuk komputer riba Macbook.
Ia mula karam berhampiran Pulau Star sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) dan pihak berkuasa belum mengenal pasti pemilik kapal layar itu mahupun punca kemalangan.
“Bagaimana ini (boleh) berlaku?” kata seorang wanita seperti didengari dalam rakaman video yang disiarkan oleh pengajar tarian, Anita Ayala.
Lamborghini Tecnomar dikeluarkan dengan edisi terhad dan hanya 11 kapal layar tersebut direka oleh pengeluar kereta mewah Itali itu.
Sebuah kapal layar tersebut adalah milik bekas ahli sukan seni bela diri campuran (MMA) Conor McGregor yang membelinya pada harga AS$3.6 juta (RM15 juta) pada 2021. – Agensi
The post Kapal layar Lamborghini RM15 juta karam, 30 ‘influencer’ berbikini terkandas appeared first on Kosmo Digital.